Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Sejarah Kampung Masjid Baru pada asalnya bernama Tambak Ilin. Apabila terbinanya masjid di sini, kerana pada tahun 1949, penduduk kampung tiada nama yang sesuai untuk menamakan masjid ini, kerana Kampung Nyalas sudah mepunyai sebuah masjid iaitu Masjid Tua Nyalas.

Oleh kerana dalam kampung kariah Masjid Nyalas terlalu luas hingga 10 km sehingga Kampung Pondok Batang, maka, Allahyarham Tuan Haji Mohamad Nor Bin Latiff telah berbincang dengan penduduk kampung untuk mencari satu nama yang sesuai dan telah mencapai kata sepakat untuk menamakan kariah ini sebagai Masjid Baru. Maka nama kampung ini dinamakan sebagai Kampung Masjid Baru bagi memudahkan panggilan dan pengenalan.

Pada tahun 1979 tertubuhnya JKKK prasarana Kampung Masjid Baru, Gubah yang dipengerusikan ketika itu ialah Allahyarham Tuan Haji Mohamad Bin Pindah. Dan sekarang diketuai oleh Encik Ismail Bin Ahmad.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PERTANDINGAN “KEYBOARD CHALLENGE”

Aktiviti Terkini | 27 Desember 2019

Program ini merupakan aktiviti bulanan PI...baca selanjutnya

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

Aktiviti Terkini | 2 November 2019

Program ini dijalankan bagi memberi pengetahuan kepada peserta dalam menggunakan internet secara berhemah dan selamat....baca selanjutnya

PAMERAN SANTUNI RAKYAT PERINGKAT NEGERI MELAKA BERSAMA TPM

Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2019

Memperkenalkan SKMM dan Pusat Internet kepada umum, selain membuat hebahan mengenai myfreeview....baca selanjutnya

PERTANDINGAN ONLINE JIGSAW PUZZLE

Aktiviti Terkini |14 September 2019

Untuk Mewujudkan silaturahin antara pihak pengurusan PI dan penduduk kampung....baca selanjutnya

BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT ANJURAN KRT DAN PIM

Aktiviti Terkini | 22 Ogos 2019

Program ini diadakan sebanyak 3 kali dalam masa setahun dan merupakan aktiviti tahunan krt...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA KAMPUNG MASJID BARU

Aktiviti Terkini | 6 Julai 2019

Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama pim serta mpkk kampung masjid baru dan telah didatangi oleh polis kg nyalas, serta penduduk kampung.baca selanjutnya

BUBUR LAMBUK SEMPERNA BULAN RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 2 Jun 2019

Aktiviti ini dijalankan di balairaya kg masjid baru. Sebanyak tiga kawah untuk memasak bubur. Pemuda serta warga tua turut terlibat dalam aktiviti ini. Bubur diagihkan kepada penduduk kampung selepas solat zuhur....baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak Dan Advokasi

Aktiviti Terkini | 2 Mei 2019

Memberikan taklimat kepada para pelajar mengenai langkah-langkah pencegahan dan juga kelebihan ketika berinteraksi di alam maya... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak 2019

Aktiviti Terkini | 5 April 2019

Program ini dijalankan bagi memberi pengetahuan kepada peserta dalam menggunakan internet secara berhemah dan betul... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak 2(KDB)

Aktiviti Terkini | 7 & 19 Mac 2019

Menyampaikan maklumat bersifat pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawalselia kendiri serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet dengan bijak... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2019

Menyampaikan maklumat bersifat pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawalselia kendiri serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet dengan bijak... baca selanjutnya

Mesyuarat KRT Dan Cabutan Bertuah

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2019

Perbincangan mengenai program yang dianjurkan krt dan pusat internet serta program-program yang akan dilaksanakan dimasa akan dating... baca selanjutnya