INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

    Profile Kampung PEDi

  • Nama Kampung : Kampung Masjid Baru
  • Keluasan Kampung : 65 hektar
  • Bilangan Penduduk : 1295 orang
  • Bangsa : Melayu (100 %)
  • Pengerusi : Encik Ismail bin Ahmad
  • Alamat Penghulu : KM 51, Kampung Masjid Baru, 77100 Asahan, Melaka.
  • Negeri : Melaka
  • Daerah : Jasin
  • Mukim : Nyalas

POPULASI PENDUDUK

Majoriti penduduk yang menetap di Kampung Masjid Baru adalah seratus peratus kaum Melayu. Dianggarkan daripada 1295 orang penduduk, 528 orang adalah lelaki. Manakala, selebihnya 767 orang adalah wanita. Jumlah keseluruhan penduduk kampung ini meliputi jumlah penduduk Kampung Gubah dan Kampung Masjid Baru. Kebanyakan kawasan penempatan di kampung ini dibina secara berjajaran dan seni bina rumahnya pula ada yang masih lagi mengekalkan seni bina rumah Melayu Melaka yang unik, walaupun ada juga rumah yang menerima sentuhan separa moden.

Rekreasi & Perlancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

Hutan Rekreasi Bukit Langsat
Muzium Pertanian Jasin
Makam Tok Senara
Dataran Jasin

Tempat Makan Yang Menarik

Nasi Ayam Sup Power
Restoran Steamboat, Grill & Western
Sagar Cafeteria
Medan Selera Selandar

Homestay


Hotel Jasin

Homestay Jasin
Kemudahan Awam
Balai Polis Selandar
Perpustakaan Awam Jasin
LHDN Jasin
Jabatan Pengangkutan Jalan Jasin
Pendidikan
Tadika JAIM
SMK Selandar
Kolej Komuniti Selandar
Institut Kemahiran MARA Jasin
Kisah Kejayaan

Muhd Inderaputera Bin Md. Rasid
Celik IT

Umur:
16 tahun

Keahlian PEDi:
5/11/2017

Kisah Kejayaan:
Latar belakang: Merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Sangat meminati dunia pemotoran dan teknologi terkini seperti gadjet dan telefon pintar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan di NADI, beliau hanya tahu menghidupkan dan mematikan kuasa di CPU dan juga menaip dengan ajaran bapa saudara beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas penglibatan di NADI, beliau lebih mengenali perkakasan hardware komputer, mahir menaip menggunakan perisian Microsoft Words, mengetahui fungsi perisian Microsoft Powerpoint untuk membuat pembentangan di mana amat berguna untuk beliau sebagai seorang pelajar sekolah menengah dan melalui pembentangan beliau di dalam kelas latihan ICT beliau mempelajari kemahiran softskill bercakap di hadapan orang ramai dan membina keyakinan diri. Selain itu juga, beliau mengetahui fungsi emel dan mempunyai akaun emel tersendiri. Dengan wujudnya NADI, pengetahuan beliau terhadap dunia ICT semakin meluas.

Maklumbalas Pendapat:
Pengurus/ Penolong Pengurus NADI banyak membantu saya dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Hasil dari bantuan NADI, gaya hidup saya berubah kepada yang lebih bagus dan penuh dengan ilmu ICT di dada. Tidak lupa juga, peningkatan dari segi teknik lukisan yang telah saya pelajari dari internet. Saya ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada pihak Digi & SKMM kerana memilih Kampung Masjid Baru sebagai salah satu cawangan Pi1M yang tercinta ini.

Apa yang dipelajari melalui NADI:
- Cara penggunaan komputer.
- Troubleshooting komputer.
- Word dan sebagainya.
- Cara melayari internet secara selamat.
- Online banking.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Muhd Shahir Iqmal:



Keusahawanan

Name of person(s)
Pn. Hayati binti Keling
Jalan Abbey 1/1, Kg Abbey 77100 Asahan, Melaka.
Umur : 38 tahun
Jantina : Perempuan
Butiran diri
Taraf pendidikan
Sekolah Rendah : Sekolah Kebangsaan Masjid Baru
Sekolah Menengah : SMK Simpang Bekoh
Pekerjaan : Pengusaha Dodol Tradisional
Keterangan gambar