KELAS CANVA - POSTER

Aktiviti terkini | 24 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
Bilik Training PEDi Kg Masjid Baru

Ringkasan Aktiviti :
Menghasilkan sebuah poster untuk majlis atau acara menggunakan Canva.

Tujuan :
• Memperkenalkan fungsi Canva sebagai medium menghasilkan sebuah “design” secara atas talian secara percuma.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Peserta diperkenalkan dengan fungsi Canva, kegunaan setiap “design”, fungsi butang dan lain-lain.
• Peserta diajarkan satu per satu cara menghasilkan sebuah poster.
• Peserta bebas menghias poster mereka mengikut kreativiti masing-masing tetapi masih mengikut format yang telah ditetapkan.
• Seramai 3 peserta dengan poster terbaik diberikan saguhati.

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat membuat pilihan sama ada untuk menggunakan medium seperti Microsoft atau Canva.
• Peserta didedahkan dengan ilmu baru sebelum masuk ke alam sekolah menengah.
• Dapat mengasah kreativiti peserta dengan menghasilkan sebuah poster mengikut pilihan mereka sendiri.
• Dapat mempraktikkan kemahiran Canva ini untuk menghasilkan sebuah poster untuk majlis atau acara anjuran luar.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :