FACEBOOK LIVE : “ISU KESIHATAN DAN COVID-19”

Aktiviti terkini | 22 April 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Masjid Baru

Ringkasan Aktiviti :
Live yang diadakan membincangkan beberapa isu kesihatan semasa, isu Covid – 19 di Malaysia serta topik berkaitan kesihatan minda di tempat kerja.


Tujuan :
• Memberi kesedaran kepada semua masyarakat mengenai beberapa penyakit.
• Membincangkan status terkini Covid – 19 serta pengambilan vaksin.
• Menghuraikan topik berkaitan ‘Minda Sihat di Tempat Kerja’.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Isu kesihatan yang dibincangkan adalah seperti penjagaan mulut, penyakit TB, penyakit kusta, buah pinggang.
• Memberi pengetahuan mengenai status terkini Covid – 19 serta dos penggalak dan juga vaksin untuk kanak-kanak (PICKids).
• Mengulas mengenai isu kesihatan mental di tempat kerja serta cara mengatasinya.


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi kesedaran bahawa banyak faktor yang boleh mengakibatkan diri kita terdedah kepada penyakit tersebut jika kita mengabaikan penjagaan dan kebersihan diri yang betul.
• Menggalakkan masyarakat mengamalkan penjagaan kendiri bagi mengekang penularan virus Covid-19.
• Mewujudkan suasana kerja yang harmoni untuk kesejahteraan pekerja.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :