Pertandingan “Riang Ria Hari Raya” – Online Based (FB)

28 - 30 Jun 2018 | Khamis - Sabtu
10.00 pagi - 2.30 petang | Pusat Internet Kampung Masjid Baru, Melaka

Tujuan:
• Mengeratkan hubungan PI dengan masyarakat luar terutamanya penduduk kampung dan sekitarnya, sambil mempromosi Facebook PI kepada semua.

Kelebihan:
• Memperkenalkan PI1M kepada semua.
• Menjalinkan hubungan yang baik dengan semua.
• Mempromosi aktiviti PI1M kepada komuniti setempat dan juga masyarakat luar, agar mereka tahu kewujudan PI.

Penglibatan:
Penduduk setempat.

Perlaksanaan Aktiviti:
Pertandingan “Riang Ria Hari Raya” diadakan menggunakan medium social iaitu laman Facebook PI, bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan PI kepada masyarakat luar. Dengan adanya aktiviti seperti ini, mereka akan lebih mengenali PI serta perkhidmatan yang disediakan di PI.

Pertandingan yang diadakan adalah memuatnaik gambar yang menarik semasa Hari Raya ke dalam Facebook PI, serta meraih undi dari rakan-rakan. Undian tertinggi iaitu “Likes” di kira sebagai pemenang.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama