Mesyuarat PI1M Clustering SKMM

13 Oktober 2016 | Khamis

Mesyuarat Pusat Internet 1 Malaysia untuk PI1M Melaka bersama-sama dengan pihak SKMM telah diadakan pejabat SKMM Cawangan Melaka. Mesyuarat ini membincangkan mengenai PI1M Clustering, di mana setiap daerah di Melaka perlukan lakukan seperti mana di daerah-daerah negeri yang lain. Setiap daerah di Melaka perlu mengetengahkan kesemua tempat-tempat yang menarik di daerah tersebut, samada dari segi ekonomi, budaya, sejarah, dan sebagainya dengan hanya menggunakan aplikasi Facebook Page. Hal ini bertujuan untuk memudahkan masyarakat dalam dan luar negara untuk mengakses tempat-tempat menarik di setiap daerah mahupun sesebuah negeri tersebut. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah SKMM Wilayah Selatan iaitu Tn. Hj. Rizal bin Hj Abdul Malek.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :