Majlis Berkhatan Beramai-ramai

26 November 2016 | Sabtu

Program Majlis Berkhatan Beramai-ramai ini merupakan anjuran Wanita Cawangan Masjid Baru. Program yang dijalankan ini bertujuan untuk menarik minat kanak-kanak untuk berkhatan tanpa rasa takut di samping memudahkan urusan ibu bapa untuk urusan berkhatan tersebut. Program ini telah dirasmikan oleh En. Muhaidin bin Tamby, di Dewan Serbaguna Kg Masjid Baru dan telah berlangsung selama 5 jam, dengan penglibatkan 15 orang peserta. Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik-adik yang telah berkhatan, dan selamat melangkah ke alam remaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :