Pertandingan Poster Kreatif

Rakan-rakan sekalian!

Jom berdakwah menerusi karya grafik. Serlahkan kreativiti anda melalui Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016. Pertandingan ini akan berlangsung dari 1 September 2016 sehingga 30 November 2016. Hadiah utama berjumlah RM 5,000.00 menanti anda!

Pertandingan poster ini adalah berdasarkan tema yang ditetapkan seperti berikut:
Tema 1: Sabar Sebelum Sebar (Perkongsian Maklumat Palsu) (1 Sept – 15 Sept) 
Tema 2: Mana Adab? (Penggunaan Berhemah) (16 Sept – 30 Sept)
Tema 3: Syurga Ekspress? (Extremism) (1 Okt – 15 Okt)
Tema 4: Permata Hatiku (Pelindungan Kanak-Kanak di Atas Talian) (16 Okt – 30 Okt)
Tema 5: Antara Pahala dan Dosa (Perkongsian Maklumat) (31 Okt – 14 Nov)
Tema 6: Menjauhkan yang Dekat (Ketagihan Internet) (15 Nov – 29 Nov)

Nak tahu lebih lanjut? 
Jom layari www.dakwahdigitalkdb.my