Pertandingan Merekacipta Jadual Waktu Persekolahan & Guess A Candy Box

24 Januari 2015 | Sabtu

Bersempena musim kembali ke sekolah, pihak pengurusan PI1M Masjid Baru telah mengadakan pertandingan Merekacipta Jadual Waktu Persekolahan, untuk para pelajar dan juga Guess A Candy Box untuk semua golongan. Pertandingan merekacipta jadual waktu persekolahan ini adalah dengan menggunakan perisian komputer iaitu Microsoft Words & Paint. Selain itu, medium pencarian 'Google Search' juga digunakan untuk para peserta mencari contoh-contoh jadual waktu sebagai rujukan mereka.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti Majlis Penutupan dijalankan :

Antara hadiah dan cenderahati yang telah disediakan oleh pihak pengurusan PI1M Masjid Baru

Para peserta telah menggunakan medium pencarian Google Search untuk mencari contoh-contoh jadual waktu & menggunakan perisian komputer Microsoft Words & Paint untuk merekacipta jadual waktu mereka.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Merekacipta Jadual Waktu.

Senarai Pemenang :

PERTAMA : NUR FARAHIN MOHD SALEHEN

KEDUA : MUHD HADIF MUHAIDIN

KETIGA : NURUL MAISARAH KHALIS

KEEMPAT : NURHIDAYATUL HUSNA ABDUL HAZIS

KELIMA : NURUL HAZIRA RAZALI

Sebahagian daripada peserta Guess A Candy Box. Seramai 18 orang peserta telah mengambil bahagian. Pemenang diambil kira berdasarkan jumlah tekaan yang paling hampir daripada jumlah sebenar iaitu 93 biji gula-gula.

Senarai Pemenang :

PERTAMA : MOHD FAZRIN KHALID | Jumlah : 90 biji

KEDUA : MUHD ADIB BAHARUM | Jumlah : 80 biji