Lawatan JKKK ke PI1M & Mesyuarat Bersama JKKK Masji Baru Gubah

06 Februari 2015 | Jumaat

Keperihatinan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Masjid Baru Gubah untuk melawat Pusat Internet 1Malaysia di sini amat dialu-alukan oleh pihak kami. Lawatan JKKK ke PI1M adalah untuk melihat sejauh mana perkembangan PI1M selain memantau sebarang aktiviti pengguna di sini. Di samping itu juga, pihak JKKK telah mengadakan mesyuarat bulanan di Bilik Latihan PI1M. Kami bagi pihak pengurusan PI1M juga telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini telah dikendalikan oleh En. Ismail bin Ahmad selaku Pengerusi JKKK. Dengan kesempatan ini, kami telah mengusulkan beberapa cadangan untuk meningkatkan mutu PI1M, selain mengetengahkan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan sepanjang tahun 2015.

 

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :

Antara sebahagian gambar ketika Lawatan JKKK ke PI1M dan juga Mesyuarat bersama JKKK. Mesyuarat dikendalikan oleh En. Ismail bin Ahmad Pengerusi Jawatan Kuasa Kampung Masjid Baru Gubah.