Majlis Penutupan Program Bakti Siswa

14 Disember 2014 | Ahad

Majlis Penutupan Program Bakti Siswa adalah Program Berbakti Menjana Harmoni anjuran Bakti Siswa Universiti Putra Malaysia dengan Kerjasama JKKK Kg. Masjid Baru yang telah diadakan selama tiga hari bermula dari 12 hingga 14 Disember 2014. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Koh Nai Kwong iaitu ADUN Parlimen Alor Gajah, Melaka. Seramai lebih kurang 70 orang peserta telah terlibat menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang program tersebut adalah :

HARI PERTAMA | 12/12/2014 - JUMAAT

~ Majlis Perasmian dan Penyerahan pelajar kepada keluarga angkat.

HARI KEDUA | 13/12/2014 - SABTU

~ Senamrobik

~ Program selari 'Kampungku Lestari' Gotong-royong Perdana & Pemeriksaan Kesihatan.

~ Program Si Cilik yang Celik

~ Program Remaja Fikirkan Boleh

~ Program Ibu Bapa dan Masyarakat - Taklimat Pertanian Agropreneur Muda

~ Gaya Hidup Aktif - Sukaneka

HARI KETIGA | 14/12/2014 - AHAD

~ Majlis Penutupan dan Penyerahan Kembali Anak Angkat

 

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti Majlis Penutupan dijalankan :

Antara cenderahati yang telah disediakan oleh pihak penganjur, jualan novel-novel terpakai dan persembahan nasyid daripada para siswa.

Ucapan penutupan dan penyampaian cenderahati daripada pihak UPM dan JKKK.

Penyerahan semula anak angkat kepada pihak UPM