Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

Sejarah Kampung Masjid Baru pada asalnya bernama Tambak Ilin. Apabila terbinanya masjid di sini, kerana pada tahun 1949, penduduk kampung tiada nama yang sesuai untuk menamakan masjid ini, kerana Kampung Nyalas sudah mepunyai sebuah masjid iaitu Masjid Tua Nyalas.

Oleh kerana dalam kampung kariah Masjid Nyalas terlalu luas hingga 10 km sehingga Kampung Pondok Batang, maka, Allahyarham Tuan Haji Mohamad Nor Bin Latiff telah berbincang dengan penduduk kampung untuk mencari satu nama yang sesuai dan telah mencapai kata sepakat untuk menamakan kariah ini sebagai Masjid Baru. Maka nama kampung ini dinamakan sebagai Kampung Masjid Baru bagi memudahkan panggilan dan pengenalan.

Pada tahun 1979 tertubuhnya JKKK prasarana Kampung Masjid Baru, Gubah yang dipengerusikan ketika itu ialah Allahyarham Tuan Haji Mohamad Bin Pindah. Dan sekarang diketuai oleh Encik Ismail Bin Ahmad.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


BASIC ICT: MELUKIS TEMBIKAI MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2024

Peserta menghasilkan gambar tembikai daripada Microsoft Word disamping mengambil iktibar akan peristiwa yang sedang berlaku di Palestin....baca selanjutnya

BASIC ICT: MENGHASILKAN FOLIO PANDU PUTERI

Aktiviti Terkini | 5 Julai 2024

Mencari maklumat mengenai Pandu Puteri dan meletakkan informasi penting seperti sejarah penubuhan, logo, misi dan visi, fungsi dan lain-lain ke dalam folio....baca selanjutnya

BASIC ICT: CIPTA AKAUN CANVA

Aktiviti Terkini | 14 Jun 2024

Memberi pendedahan kepada kanak-kanak untuk mempunyai akaun CANVA mereka sendiri sebagai medium pembelajaran....baca selanjutnya

BASIC ICT: MENGENALI PERKAKAS KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 3 Mei 2024

Kanak-kanak memadankan gambar perkakasan komputer kepada nama serta fungsinya....baca selanjutnya

BENGKEL RESUME

Aktiviti Terkini | 26 April 2024

Menghasilkan resume dengan mudah dan lengkap....baca selanjutnya

VIDEO PRESENTASI MENGGUNAKAN POWTOON DAN CANVA

Aktiviti Terkini | 13 Mac 2024

Peserta menghasilkan video presentasi daripada Powtoon dan Canva....baca selanjutnya

TAKLIMAT SAFE INTERNET

Aktiviti Terkini | 6 Februari 2024

Taklimat mengenai keselamatan internet untuk pelajar sekolah....baca selanjutnya

VEGGIE KNOWLEDGE QUIZ

Aktiviti Terkini | 3 februari 2024

Permainan mengenal jenis sayur-sayuran untuk kanak-kanak....baca selanjutnya

ALPHABET GAME: FIND THE LETTER

Aktiviti Terkini | 3 Februari 2024

Permainan mengenal huruf untuk kanak-kanak....baca selanjutnya

KUIZ TEKA SILANG KATA

Aktiviti Terkini | 6 Januari 2024

Kuiz teka silang kata Pendidikan Islam...baca selanjutnya

MARI MEWARNA

Aktiviti Terkini | 5 Januari 2024

Mengasah kemahiran dan kreativiti kanak-kanak dalam berkarya...baca selanjutnya

PELANCARAN KAUNTER FIZIKAL PADU

Aktiviti Terkini | 5 Januari 2024

Pembukaan kaunter fizikal Pangkalan Data Utama di PEDi Masjid Baru...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya