Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Sejarah Kampung Masjid Baru pada asalnya bernama Tambak Ilin. Apabila terbinanya masjid di sini, kerana pada tahun 1949, penduduk kampung tiada nama yang sesuai untuk menamakan masjid ini, kerana Kampung Nyalas sudah mepunyai sebuah masjid iaitu Masjid Tua Nyalas.

Oleh kerana dalam kampung kariah Masjid Nyalas terlalu luas hingga 10 km sehingga Kampung Pondok Batang, maka, Allahyarham Tuan Haji Mohamad Nor Bin Latiff telah berbincang dengan penduduk kampung untuk mencari satu nama yang sesuai dan telah mencapai kata sepakat untuk menamakan kariah ini sebagai Masjid Baru. Maka nama kampung ini dinamakan sebagai Kampung Masjid Baru bagi memudahkan panggilan dan pengenalan.

Pada tahun 1979 tertubuhnya JKKK prasarana Kampung Masjid Baru, Gubah yang dipengerusikan ketika itu ialah Allahyarham Tuan Haji Mohamad Bin Pindah. Dan sekarang diketuai oleh Encik Ismail Bin Ahmad.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PEOPLE STORIES/JOURNALISM PIK MASJID BARU

Aktiviti Terkini | 28 Disember 2020

Program ini merupakan aktiviti PIK...baca selanjutnya

TUTORIAL DELETE BACKGROUND VIA MICROSOFT POWERPOINT

Aktiviti Terkini | 11 Disember 2020

Program ini merupakan aktiviti PI...baca selanjutnya

KELAS MICROBIT FS4A

Aktiviti Terkini | 1 NOVEMBER 2020

Memperkenalkan pengaturcaraan komputer kepada para pelajar berteraskan silibus pembelajaran terbaru pada masa akan datang....baca selanjutnya

MINI SUKANERKA

Aktiviti Terkini | 31 Oktober 2020

Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. ...baca selanjutnya

“SEARCH WORD” KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 2020

Ianya bertujuan unuk memperkenalkan kepada pelajar tentang cara kendalikan komputer.Pelajar juga diuji dengan kemahiran berfikir untuk mencari perkataan yang tersembunyi dan aktivi ini lebih menarik untuk mereka lakukan....baca selanjutnya

KELAS ONLINE BERNIAGA SHOPEE, FACEBOOK & INSTAGRAM

Aktiviti Terkini | 13 & 14 Ogos 2020

Program yang dikendalikan Bersama KKMM & MDEC...baca selanjutnya

TAKLIMAT “MALAYSIA 1ST ONLINE SAFETY TRAINING”

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2020

Program ini merupakan aktiviti bulanan PI...baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini |10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya

AKTIVITI “MINI INDOOR GAMES”

Aktiviti Terkini | 14 Mac 2020

Program ini merupakan aktiviti bulanan PI...baca selanjutnya

AKTIVITI “PUZZLE ONLINE – TEMA MAULIDUR RASUL”

Aktiviti Terkini | 29 Februari 2020

Kemahiran penggunaan search engine “google” untuk mencari gambar tema Maulidur Rasul, muat turun, serta muat naik ke aplikasi...baca selanjutnya

AKTIVITI “MEMBUAT TABUNG”

Aktiviti Terkini | 23 Jan 2020

Program ini merupakan aktiviti bulanan PI....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya