Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Sejarah Kampung Masjid Baru pada asalnya bernama Tambak Ilin. Apabila terbinanya masjid di sini, kerana pada tahun 1949, penduduk kampung tiada nama yang sesuai untuk menamakan masjid ini, kerana Kampung Nyalas sudah mepunyai sebuah masjid iaitu Masjid Tua Nyalas.

Oleh kerana dalam kampung kariah Masjid Nyalas terlalu luas hingga 10 km sehingga Kampung Pondok Batang, maka, Allahyarham Tuan Haji Mohamad Nor Bin Latiff telah berbincang dengan penduduk kampung untuk mencari satu nama yang sesuai dan telah mencapai kata sepakat untuk menamakan kariah ini sebagai Masjid Baru. Maka nama kampung ini dinamakan sebagai Kampung Masjid Baru bagi memudahkan panggilan dan pengenalan.

Pada tahun 1979 tertubuhnya JKKK prasarana Kampung Masjid Baru, Gubah yang dipengerusikan ketika itu ialah Allahyarham Tuan Haji Mohamad Bin Pindah. Dan sekarang diketuai oleh Encik Ismail Bin Ahmad.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Gotong-Royong Tahun 2018

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2018

Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bahagian dalam dan luar pusat internet... baca selanjutnya

Malaysia ICT Volunteering Program

Aktiviti Terkini | 17 November 2018

Dapat mengeratkan silaturahim antara komuniti masyarakat dan memupuk semangat kerjasama dalam jiwa... baca selanjutnya

Roadshow Digi Pusat Internet Bersama Komuniti

Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2018

Program anjuran Pusat Internet Kampung Chabau dan membina silaturrahim dan meningkatkan pengetahuan... baca selanjutnya

Hari Potensi dan Inovasi

Aktiviti Terkini | 24 September 2018

Bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara komuniti masyarakat Chabau dan memupuk semangat kerjasama dalam jiwa... baca selanjutnya

Majlis Membakar Lemang Dan Memasak Dodol

Aktiviti Terkini | 21 Ogos 2018

Semperna Hari Raya Aidiladha, PI dan KRT Kg Masjid baru telah mengadakan aktiviti membakar lemang dan memasak dodol... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak Dan Advokasi

Aktiviti Terkini | 24 Julai 2018

Dapat memberi taklimat kepada para pelajar mengenai langkah-langkah pencegahan dan juga kelebihan ketika berinteraksi di alam maya... baca selanjutnya

Sambutan Hari Raya PI Dan KRT Masjid Baru

Aktiviti Terkini | 6 Julai 2018

Dapat mengeratkan hubungan PI dengan masyarakat luar terutamanya penduduk kampung dan sekitarnya serta meningkatkan lagi perpaduan kampung... baca selanjutnya

Pertandingan “Riang Ria Hari Raya” – Online Based (FB)

Aktiviti Terkini | 28 - 30 Jun 2018

Pertandingan “Riang Ria Hari Raya” diadakan menggunakan medium social iaitu laman Facebook PI, bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan PI kepada masyarakat luar. Dengan adanya aktiviti seperti ini, mereka akan lebih mengenali PI serta perkhidmatan yang disediakan di PI... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Masjid Baru

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2018

Hari Terbuka PI1M diadakan pada setiap tahun untuk memperkenalkan dan mempromosikan PI1M kepada masyarakat luar. Dengan adanya aktiviti seperti ini, penduduk setempat lebih mengenali PI1M dan aktiviti serta perkhidmatan yang disediakan di PI1M... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Chabau

Aktiviti Terkini | 1 Mei 2018

Objektif penganjuran adalah mengeratkan silaturahim antara peserta dan mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti Kampung... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak Dan Advokasi

Aktiviti Terkini | 13, 20 & 27 April 2018

Bertujuan untuk memberi taklimat kepada para pelajar mengenai langkah-langkah pencegahan dan juga kelebihan ketika berinteraksi di alam maya... baca selanjutnya

Program Advokasi Klik dengan Bijak di Sekolah Kebangasaan Sri Lanang

Aktiviti Terkini | 9 Mac 2018

Taklimat Klik dengan Bijak kepada para pelajar dan guru cara penggunaan internet dan media sosial dengan betul. Selain itu, mendidik para pelajar dan guru mengenalpasti bentuk-bentuk jenayah siber... baca selanjutnya

Aktiviti Gotong Royong Kampung & PI1M

Aktiviti Terkini | 3 Mac 2018

Dapat membersihkan sampah sarap dan mengekalkan kebersihan di kawasan kampung serta PI1M... baca selanjutnya

Pertandingan Kemahiran Sejarah

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2018

Quiz online ini dijakankan di Pi1m Kampung Masjid Baru. Pertandingan ini disertai oleh anak-anak muda di sekitar kampung... baca selanjutnya