Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Sejarah Kampung Masjid Baru pada asalnya bernama Tambak Ilin. Apabila terbinanya masjid di sini, kerana pada tahun 1949, penduduk kampung tiada nama yang sesuai untuk menamakan masjid ini, kerana Kampung Nyalas sudah mepunyai sebuah masjid iaitu Masjid Tua Nyalas.

Oleh kerana dalam kampung kariah Masjid Nyalas terlalu luas hingga 10 km sehingga Kampung Pondok Batang, maka, Allahyarham Tuan Haji Mohamad Nor Bin Latiff telah berbincang dengan penduduk kampung untuk mencari satu nama yang sesuai dan telah mencapai kata sepakat untuk menamakan kariah ini sebagai Masjid Baru. Maka nama kampung ini dinamakan sebagai Kampung Masjid Baru bagi memudahkan panggilan dan pengenalan.

Pada tahun 1979 tertubuhnya JKKK prasarana Kampung Masjid Baru, Gubah yang dipengerusikan ketika itu ialah Allahyarham Tuan Haji Mohamad Bin Pindah. Dan sekarang diketuai oleh Encik Ismail Bin Ahmad.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Majlis Akhir Tahun Kompang Wawasan Kampung Masjid Baru

14 Disember 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti dijalankan di rumah pengerusi KRT. Majlis ini diadakan untuk menyerahkan sumbangan kepada setiap ahli kompang serta membincangkan aktiviti-aktiviti untuk tahun 2017......... teruskan membaca

Majlis Perasmian Jersey

19 November 2016 | Aktiviti Terkini

Majlis Perasmian Jersey dan perbincangan mengenai kelab bola sepak MAG telah disampaikan oleh pengerusi JKKK Kg Masjid Baru En Ismail Bin Ahmad. Program diadakan di Bilik Latihan PI1M Masjid Baru........ teruskan membaca

Majlis Berkhatan Beramai-ramai

26 November 2016 | Aktiviti Terkini

Program Majlis Berkhatan Beramai-ramai ini merupakan anjuran Wanita Cawangan Masjid Baru. Program yang dijalankan ini bertujuan untuk menarik minat kanak-kanak untuk berkhatan tanpa rasa takut di samping memudahkan urusan ibu bapa untuk urusan berkhatan tersebut. Program ini telah dirasmikan oleh En. Muhaidin bin Tamby, di Dewan Serbaguna Kg Masjid Baru dan telah berlangsung selama 5 jam, dengan penglibatkan 15 orang peserta. Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik-adik yang telah berkhatan, dan selamat melangkah ke alam remaja........ teruskan membaca

Mesyuarat PI1M Clustering SKMM

13 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Mesyuarat Pusat Internet 1 Malaysia untuk PI1M Melaka bersama-sama dengan pihak SKMM telah diadakan pejabat SKMM Cawangan Melaka. Mesyuarat ini membincangkan mengenai PI1M Clustering, di mana setiap daerah di Melaka perlukan lakukan seperti mana di daerah-daerah negeri yang lain. Setiap daerah di Melaka perlu mengetengahkan kesemua tempat-tempat yang menarik di daerah tersebut, samada dari segi ekonomi, budaya, sejarah, dan sebagainya dengan hanya menggunakan aplikasi Facebook Page........ teruskan membaca

Bengkel Aplikasi dan Robotik #BAL

08 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Bengkel Aplikasi dan Robotik ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Target peserta untuk program ini adalah dikalangan pelajar sekolah menengah. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan bagaimana sebuah aplikasi itu di buat dan diselanggarakan. Begitu juga dengan penghasilan mesin-mesin robotik......... teruskan membaca

Pertandingan Bola Sepak Persahabatan

08 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Pertandingan perlawanan persahabatan ini diadakan bersempena dengan Hari Sukan Negara 2016. Sebanyak empat kumpulan telah menyertai pertandingan ini, di mana ia melibatkan dua buah kampung iaitu Kg Masjid Baru dan juga Kg Nyalas. Pertandingan ini juga dapat memupuk semangat perpaduan dan silaturrahim di antara pemain dan juga penduduk kampung itu sendiri......... teruskan membaca

Pertandingan Poster Kreatif

Program Terkini

Rakan-rakan sekalian! Jom berdakwah menerusi karya grafik. Serlahkan kreativiti anda melalui Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016. Pertandingan ini akan berlangsung dari 1 September 2016 sehingga 30 November 2016. Hadiah utama berjumlah RM 5,000.00 menanti anda!........ teruskan membaca

Mobile E-Waste

Program Terkini

E-Sisa atau Sisa Perkakasan Eletrik dan Eletronik (WEEE) adalah terma yang digunakan untuk semua jenis perkakasan eletrik dan eletronik yang telah di buang. Program ini merupakan satu inisiatif baru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama industri telekomunikasi yang terdiri daripada Malaysia Technical Standard Forum Berhad (MTSFB), Altel, Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom untuk mengitar semula e-sisa berasaskan SIM (Subscriber Identity Module) seperti telefon bimbit, telefon pintar, tablet, termasuk pengecas dan aksesorinya....... teruskan membaca

Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan

17 September 2016 | Aktiviti Terkini

Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti di mana ia dapat memupuk semangat kemerdekaan di dalam diri setiap individu. Ia juga memberi peluang kepada para peserta untuk menghasilkan sebuah poster berdasarkan daya kreativiti mereka sendiri dan dari sinilah kita dapat mencungkil bakat-bakat yang ada pada mereka......... teruskan membaca

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016.

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam.baca selanjutnya

Program My Komuniti Kreatif

20 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Bahagian Khidmat Masyarakat Jabatan Ketua Menteri Melaka, dan Pusat Internet 1 Malaysia........ teruskan membaca

Peraduan Teka Harga Hamper & Jumlah Duit Raya

17 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Peraduan Teka Harga Hamper dan Jumlah Duit Raya merupakan peraduan yang pertama kalinya dilakukan secara online dan offline. Bermaksud peserta boleh terus datang ke PI1M Masjid Baru untuk meneka (offline) atau pun menggunakan aplikasi facebook, whatsapp mahupun teks pesanan ringkas (online) yang telah dinyatakan. Berikut adalah syarat........ teruskan membaca

Program Semarakan Ramadhan "Pengagihan Bubur Lambuk"

24 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini adalah program kerjasama antara PI1M Majid Baru dan PI1M Merlimau, dan juga dengan kerjasama Sekolah Rendah Agama Merlimau. Ia disertai seramai 165 orang pelajar dan juga 8 orang guru. Tujuan program seumpama ini diadakan adalah untuk kita saling ingat mengingati kepada mereka yang memerlukan dan juga berkongsi rezeki yang sesama kita........ teruskan membaca

Pertandingan Online Match Coloring

22 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Salah satu pertandingan yang menguji minda setiap para peserta, di mana mereka perlu mngira jumlah nombor yang dikehendaki sebelum mewarna gambar. Hanya nombor yang betul sahaja pilihan warna akan dibenarkan untuk mewarna pada setiap bahagian gambar. Oleh itu, pemilihan para pemenang juga berdasarkan kepantasan mereka dalam mengira dan juga melengkapkan gambar rajah tersebut....... teruskan membaca

Bengkel Pengukuhan dan Pemantapan Aktiviti Advokasi bersama PI1M Wilayah Selatan 2016

18 - 19 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini dikelolakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), yang bertujuan untuk membincangkan program-program terbaru serta menaiktaraf program-program yang telah sedia ada...... teruskan membaca

Karnival Kerjaya & Keusahawanan

03 April 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini dikendalikan oleh pihak Pemuda UMNO Merlimau Melaka. Ini adalah salah satu program kerjasama di antara semua Pusat Internet 1 Malaysia kawasan Melaka di bawah kelolaan CCM & DiGi. Program seperti ini dapat memberi peluang kepada PI1M untuk mempromosikan lagi perkihdmatan yang sedia ada...... teruskan membaca

Pertanding Rapid Typing

13 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Fast / Rapid Typing ini merupakan satu pertandingan di mana para peserta perlu menaip setiap perkataan yang telah ditunjukkan dengan cepat, pantas dan betul. Peserta yang paling pantas menaip dikira sebagai pemenang utama..... teruskan membaca

Workshop on Video Editting

08 - 09 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Bengkel ini adalah satu inisiatif daripada pihak pengurusan kepada warga PI1M dalam membantu meningkatkan mutu dan prestasi PI1M dari segi kemahiran dan kecekapan dalam mengendalikan kerja yang telah diamanahkan..... teruskan membaca

Program Belia & Komuniti MBMB bersama Masyarakat

06 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

Program Belia & Komuniti MBMB bersama Masyarakat ini bukan program yang pertama kalinya dianjurkan oleh pihak JKKK kampung. Malahan program seumpama ini telah sering kali dianjurkan dengan tujuan untuk memupuk semangat kerjasama & tolong-menolong sesama komuniti. Selain itu, program ini juga dapat menyemai sifat keprihatinan masyarakat terhadap golongan yang tidak berkemampuan. Semoga dengan wujudnya program-program komuniti seperti ini, akan wujudlah sifat nilai-nilai murni di dalam diri setiap individu dan ukhwah silaturrahim akan sentiasa terjalin..... teruskan membaca

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya

Indoor Games

23 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini dapat menarik lebih ramai pengguna serta dapat memupuk semangat kerjasama diantara ahli pasukan. Selain dapat mengasah minda untuk mengatur strategi untuk menewaskan pihak lawan..... teruskan membaca

lagi berita & aktiviti