BENGKEL POWERPOINT – MEMBINA PETA I-THINK

Aktiviti terkini | 19 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Makmal Komputer SMK Simpang Bekoh

Ringkasan Aktiviti :
Pelajar sekolah diperkenalkan dengan peta i-Think yang sering digunakan dalam membuat nota dalam bentuk yang efektif dan mudah difahami.

Tujuan :
• Menghasilkan sebuah nota yang lebih kemas, mudah difahami dan ringkas.
• Memperkenalkan pelajar dengan jenis-jenis peta i-Think yang ada serta kesesuaiannya.
• Mengasah kreativiti pelajar untuk mencipta peta i-Think.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pelajar diperkenalkan dengan peta i-Think yang terdiri daripada 8 jenis.
• Pelajar diminta membuat peta i-Think dengan bantuan staf PEDi yang terlibat.
• Pelajar kemudiannya diminta untuk mencipta sendiri peta i-Think dengan kreativiti sendiri.

Kelebihan Aktiviti :
• Melatih pelajar untuk menghasilkan nota yang ringkas dan padat dengan info berguna.
• Pelajar dapat mencurahkan idea serta kreativitinya dalam bentuk peta i-Think.
• Pelajar dapat mempelbagaikan teknik membuat nota.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :