“BENGKEL KESELAMATAN SIBER-KLIK DENGAN BIJAK” ANJURAN PPD JASIN BERSAMA PEDI KLUSTER JASIN DAN SMK SIMPANG BEKOH

Aktiviti terkini | 11 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
Makmal Komputer SMK Simpang Bekoh

Ringkasan Aktiviti :
Bengkel Keselamatan Siber yang diadakan untuk pelajar tingkatan 1 SMK Simpang Bekoh bagi meningkatkan pengetahuan keselamatan siber masa kini.

Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai punca berlakunya penyalahgunaan siber, kesan dan cara mengelakkan dari terlibat dalam masalah siber.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Ucapan pembukaan dari pihak sekolah.
• Pengenalan tentang PEDi, MCMC dan fungsinya.
• Menyampaikan ceramah mengenai keselamatan siber yang telah dibahagikan kepada tiga topik iaitu:
1. Oversharing
2. Buli Siber
3. Ketagihan internet
• Penceramah mengajukan beberapa soalan berkaitan topik yang telah disampaikan dan pemberian saguhati kepada pelajar yang dapat menjawab dengan tepat.

Kelebihan Aktiviti :
• Mewujudkan sikap berhati hati dan berwaspada dalam menggunakan media social.
• Lebih bijak dalam berkongsi informasi atau membuat posting di internet.
• Tahu dimanakah hendak melaporkan penyalahgunaan internet sekiranya terlibat.
• Melahirkan generasi muda yang matang dan bijak dalam menggunakan internet dan media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :